Penguat audio
Penguat audio

Penguat audio

Penguat audio atau alat penguat bunyi ialah sejenis penguat elektonik yang digunakan untuk menguatkan bunyi isyarat berkuasa rendah( frekuensi dalam linkungan pendengaran manusia iaitu antara 20 Hertz hingga 20,000 Hertz) hingga ke peringkat yang bersesuaian untuk menggerakkan pembesar suara dan ini adalah peringakat terakhir dalam rangkaian tipikal ulangan bunyi. Keutamaan dalam rangkaian ini adalah alat penguat bunyi berkuasa rendah yang boleh melakukan pengawalan nada, campuran/efek, atau sumber audio seperti pemain cakera padat dan pemain kaset. Kebanyakan alat penguat bunyi ini memerlukan isyarat berkuasa rendah untuk sokongan bagi penyelarasan garisan. Sementara isyarat masuk alat penguat bunyi ini mungkin hanya boleh membaca bacaan pada kadar 10 mikrowatt, isyarat keluarnya mungkin di antara sepuluh,seratus atau seribu watts.